Jumaat, 4 Januari 2013

Jika kita serius berubah



Dalam pilihan raya kali ini rakyat perlu serius dalam membuat penentuan politik kerana kali ini akan membabitkan masa depan negara dan rakyatnya yang amat dahagakan keadaan politik yang berbeza dari yang sedang kita hadapi sekarang. Sekarang ini terlalu banyak isu yang membuatkan rakyat naik mual seolah-olah negara ini adalah negara dalam mana semua rakyatnya bergaduh dan bersengketa kerana politik dan kuasa. Krisis keyakinan yang dihadapi oleh kepimpinan UMNO dan BN sudah sampai ke tahap optima dan adalah malang jika rakyat tidak melakukan pembetulan terhadap hala-tuju kita yang sudah terlalu menyimpang jauh itu. Semasa negara kita berada di dalam keadaan politik yang terbaik, ramai di antara rakyat yang sekarang ini masih belum lahir atau masih dalam zaman kanak-kanak atau remaja. Mereka tidak akan mudah untuk memahami apakah yang dimaksudkan ‘penentuan politik’ yang baik itu. Bagi mereka yang masih dalam umur bawah dari empat puluh tahun mereka menganggap politik itu adalah politik seperti sekarang. Politik hanyalah membuat pilihan siapa yang menang dan siapa yang kalah. Siapa yang menang itu, pihak itulah yang benar dan siapa yang kalah itu adalah pihak yang tidak benar. Penulisan dan pertuturan tentang sejarah politik yang benar dan betul hanyalah cerita dan apa yang di perkatakan oleh mereka yang menang sahaja. Penilaian terhadap politik itu terletak kepada asas yang salah. Pertamanya politik yang kita mengaku sebagai politik demokrasi di negara ini sebenarnya terlalu jauh dari kebenaran demokrasi itu sendiri. Pendirian politik negara kini memerlukan rakyat berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat pilihan. Jika rakyat mahukan kemajuan yang belum dicapai walaupun kita telah dijanjikan kemajuan itu sejak tiga dekad yang lalu. Pendeknya apa yang dijanjikan oleh UMNO dan BN sudah nyata tidak dicapai dan terlaksana dengan baik. Oleh yang demikian membuat pilihan kepada pihak ‘alternative’ merupakan usaha yang paling baik untuk mencari apa yang kita tuntut itu. Jika ada pihak yang mengatakan melakukan perubahan itu tidak semestinya membawa kebaikan maka kita boleh menjawabnya dengan mudah dan tidak payah berusaha keras untuk jawapannya. Yang pasti pimpinan yang ada pada hari ini terlalu tidak meyakinkan dengan apa yang kita lihat dan dengar sedang berlaku. Bukan tidak ada teguran terhadap kepimpinan tetapi nampaknya keadaan tidak mungkin berubah, malahan bertambah buruk dari masa ke semasa. Justeru memilih pengganti yang tidak berdaya untuk berubah ini bukan lagi satu ‘option’ tetapi sudah menjadi kemestian. Sama ada ia lebih baik atau sebaliknya belum kita dapat tentukan walaupun ciri-ciri kebaikan yang berlaku di dalam negeri-negeri PR itu nampak dengan agak jelas. Saya mesti meyakinkan saudara yang saya sebut ini adalah dari sudut mentadbir kerajaan bukannya dari sudut permainan politik di dalam parti-parti dalam Pakatan Rakyat itu. Daripada tidak berusaha dan mencuba perubahan untuk kebaikan kita semua, elok kita bertukar sikap dengan memandang perubahan itu secara positif. Lagi pun tindakan rakyat untuk melakukan perubahan itu bukannya tidak bersebab. UMNO dan BN sendiri memberikan sebab atau alasan rakyat untuk berusaha melakukan perubahan itu. Agak penat untuk mengulangi sebab-sebab perubahan itu perlu dilakukan. Rakyat sudah tidak mahu lagi sebuah kerajaan yang sedang menghadapi krisis keyakinan yang sebegini besar terus-terusan. Segala usaha untuk berubah ini bukan untuk kebaikan sesiapa tetapi untuk kebaikan rakyat juga. Jika perubahan itu tidak mencapai matlamat dan kehendak rakyat selepas lima tahun rakyat boleh melakukan perubahan lagi sampai mendapat apa yang di harapkan tercapai. Dari sudut ini, maka perubahan ini akan memberikan bukti bahawa rakyat lah yang berkuasa dan bukannya mereka yang diberikan mandat itu. Perubahan ini akan memberikan isyarat yang jelas bahawa rakyat akan menumbangkan mana-mana parti yang memerintah jika tidak mampu melakukan perubahan itu. Budaya ini akan membuatkan sesiapa atau mana-mana parti yang memerintah terpaksa bekerja keras untuk memenuhi tuntutan rakyat yang memberi mandat itu. Sebab BN selama ini terus menerus melakukan jenayah rasuah ini ialah kerana mereka (BN) menganggap bagaimana rasuah pun mereka rakyat akan tetap memberikan undi dan mandat. Itulah sebabnya mereka tidak segan dan silu melakukannya terus menerus tanpa had kejahatannya. Kita telah menempuh badai yang tidak terperi peritnya kerana rasuah ini. Kerana rasuah sistem perundangan kita telah tercemar tidak terperi. Peguam Negara menjadi persoalan, Ketua Polis Negara menjadi bahan politik, Badan Kehakiman sehingga hari ini tidak kebah dari imej buruk dan menjadi bahan ejekan masyarakat antarabangsa. Masyarakat antarabangsa dan kita sendiri bertanya bagaimana seorang yang tidak ada apa-apa menjadi di antara manusia yang terkaya di dunia ini. Semuanya ini adalah akibah permainan rasuah dan salah guna kuasa dan pengaruh dalam sistem kerajaan kita. Rakyat bosan dengan sikap pemimpin-pemimpin kita yang mempunyai masalah masing-masing yang berkaitan dengan rasuah dan mengambil kesempatan di atas kedudukan mereka dalam kerajaan. Setiap minggu ada sahaja isu terhadap mereka sampaikan mereka tidak ada masa untuk memberikan khidmat kerana terlalu sibuk mempertahankan diri dari tuduhan-tuduhan yang tidak boleh dianggap palsu dan fitnah. Kita wajar memberhentikan segala kebobrokan yang dilakukan oleh pimpinan kita hari ini. Masa untuk melakukannya tidak lama lagi….selewat-lewatnya pada penghujung bulan April nanti. Pimpinan kita sudah tidak kenal lagi apa yang baik dan yang buruk. Jiwa dan roh kepimpinan sudah mati. Rakyat tidak perlu takut melakukannya kerana ramai ahli-ahli UMNO sendiri akan bersama-sama mengubah haluan di dalam peti-peti undi itu nanti. 

Isnin, 31 Disember 2012

Coretan 2013 January

Bismillahirrahmanirrahim…. Alhamdulillah; bertemu lagi! Terima kasih kerana sudi membaca tulisan saya kali ni. Pertama sekali; saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 buat semua readers, followers, etc. Semoga tahun baru 2013 bakal dipenuhi keceriaan, kebahagiaan, keriangan dan kejayaan buat anda semua.. insyaAllah… amen.. Dah pasang azam? Isu dominan dengan tahun baru adalah azam… cita-cita… impian… harapan dan niat yang ditanam di hati, mahupun ditulis di atas kertas. Bercakap mengenai azam, saya percaya setiap dari kita menanamkan azam yang positif. Dunia sekarang telah melalui fenomena hijrah yang lebih positif terutamanya artis-artis terkenal di Malaysia, tak kurang juga masyarakat awam. Alhamdulillah, saya juga cukup gembira dengan perubahan masyarakat kita dewasa ini. Sesuai dengan kemodenan arus dunia, rasanya cukup cantik sekiranya dunia seimbang antara tuntutan dunia dan bekalan ke alam yang kekal di sana. Sebut tentang azam lagi, harap-harap azam kita seiring dengan keperluan di dunia dan bekalan hingga ke JANNAH… InsyaAllah.. Justeru, dengan penuh kesyukuran atas rahmatNYA yang telah dikurniakan kepada kita, saya ingin kongsikan beberapa azam yang mungkin dapat membantu anda meningkatkan keimanan dalam diri.. kerana apa? Kerana…. Mujahadah paling pahit dan besar adalah berjuang dalam diri sendiri untuk mengekalkan keimanan atau dalam erti kata yang lain untuk istiqamah. Bermujahadah untuk lebih istiqamah dalam iman @ berjuang untuk mencari sebuah keimanan yang bebas dengan bisikan syaitan laknatullah yang sentiasa menyesatkan manusia.. Sebenarnya, beberapa cadangan azam yang saya copy paste ini dipetik dari carian uncle google. Artikel ini merujuk kepada amalan murah rezeki sebenarnya, namun ia tetap sesuai untuk dijadikan azam kita… Jadi, mari sama-sama highlight mana ciri @ amalan @ cadangan yang boleh dijadikan azam tahun 2013 kita… Jika mahu diubah sedikit mengikut kesesuaian & kemampuan diri kita juga boleh… kerana Islam itu Indah & Mudah… Sedikit catatan tahun baru dari saya; Semoga gembira dan diredhai selalu! Walau usia bertambah seiring pergerakan masa, namun! Ingat… untuk sentiasa ceria.. walau berapa usia anda setelah pertambahan setiap tahun!.. Yang penting; perbaiki diri, hiasi peribadi, untuk bahagia hakiki… Jauhi hasad dengki. insyaAllah.. usia bukan lagi pada wajah. J Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Isnin, 23 Mei 2011

Salam Hari Jadi Buat MUu..

23 may 2011
mcm biyasa la ulang tahun hari jadi ku ..tp mcm biyas la hidup x ada yg terbaik utk ku..hendak meluah kan sesuatu tp aku tetapbersukur apa yg ada//

Rabu, 11 Mei 2011

Hari ni aku pening la dgn kerja ,bukan nya penat dgn kerja tp penat nak layan kerena budak2 kerja mcm2 ragam pening la pehh sakit otk bila di pikir kan apa le nasib aku ni tak abis2 dgn masalah ,ni masalah yg paling besar bagi aku adalah dgn duit .skg ni aku dah pokai bukan duit kering tp bajet lari la apa le nasib aku ni .kadang2 tu aku malas la niak pikir ka la duit x sampi ujung bulan dah habis semenjak aku pgi kerja paki kereta ni lg le dgn duit minyak lg tu yg aku x tahan tu..aku ingat nak pki motor tp adik aku tompang naik dgn aku tu yg aku x leh tahan tu ..ya Allah beri la aku semanga utk berjuang dlm hidup ni ya Allah..........
macam mana ni umur dah semakin menigkan x berapa hr je aku dah mencecah 28 tahun pehh dah tua dah aku ni ..tp masih lagi bujang hidup x tentu hala ya Allah.. kenapa ni,
apa yg harus aku laku kan demi masa dpan aku tp ,bila dok pikir ka nak kawin mcm mana duit bukan nya ada tu yg aku paling risau sekali.no dua yg paling aku risau ..sapa nak kawin dgn aku bukan ada calon pon dan bukan ada wanita yg sangup nak kawin dgn aku tp apa harus aku laku kan dgn masa dpn aku ni ya Allah..