Jumaat, 4 Januari 2013
Jika kita serius berubah
Isnin, 31 Disember 2012
Coretan 2013 January
Bismillahirrahmanirrahim….
Alhamdulillah; bertemu lagi! Terima kasih kerana sudi membaca tulisan saya kali ni. Pertama sekali; saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 buat semua readers, followers, etc. Semoga tahun baru 2013 bakal dipenuhi keceriaan, kebahagiaan, keriangan dan kejayaan buat anda semua.. insyaAllah… amen..
Dah pasang azam? Isu dominan dengan tahun baru adalah azam… cita-cita… impian… harapan dan niat yang ditanam di hati, mahupun ditulis di atas kertas. Bercakap mengenai azam, saya percaya setiap dari kita menanamkan azam yang positif.
Dunia sekarang telah melalui fenomena hijrah yang lebih positif terutamanya artis-artis terkenal di Malaysia, tak kurang juga masyarakat awam. Alhamdulillah, saya juga cukup gembira dengan perubahan masyarakat kita dewasa ini. Sesuai dengan kemodenan arus dunia, rasanya cukup cantik sekiranya dunia seimbang antara tuntutan dunia dan bekalan ke alam yang kekal di sana. Sebut tentang azam lagi, harap-harap azam kita seiring dengan keperluan di dunia dan bekalan hingga ke JANNAH… InsyaAllah..
Justeru, dengan penuh kesyukuran atas rahmatNYA yang telah dikurniakan kepada kita, saya ingin kongsikan beberapa azam yang mungkin dapat membantu anda meningkatkan keimanan dalam diri.. kerana apa? Kerana…. Mujahadah paling pahit dan besar adalah berjuang dalam diri sendiri untuk mengekalkan keimanan atau dalam erti kata yang lain untuk istiqamah. Bermujahadah untuk lebih istiqamah dalam iman @ berjuang untuk mencari sebuah keimanan yang bebas dengan bisikan syaitan laknatullah yang sentiasa menyesatkan manusia..
Sebenarnya, beberapa cadangan azam yang saya copy paste ini dipetik dari carian uncle google. Artikel ini merujuk kepada amalan murah rezeki sebenarnya, namun ia tetap sesuai untuk dijadikan azam kita… Jadi, mari sama-sama highlight mana ciri @ amalan @ cadangan yang boleh dijadikan azam tahun 2013 kita… Jika mahu diubah sedikit mengikut kesesuaian & kemampuan diri kita juga boleh… kerana Islam itu Indah & Mudah…
Sedikit catatan tahun baru dari saya; Semoga gembira dan diredhai selalu! Walau usia bertambah seiring pergerakan masa, namun! Ingat… untuk sentiasa ceria.. walau berapa usia anda setelah pertambahan setiap tahun!.. Yang penting; perbaiki diri, hiasi peribadi, untuk bahagia hakiki… Jauhi hasad dengki. insyaAllah.. usia bukan lagi pada wajah. J
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.